Oftalmologi

Perkataan ‘oftalmologi’ datang daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘kajian tentang mata’.

Ada banyak penyakit yang boleh menjejaskan mata. Ada yang kecil dan bersifat sementara dan ada juga yang boleh mengakibatkan buta kekal.

Kaedah pencegahan yang terbaik adalah sentiasa membuat pemeriksaan mata kerana penyakit mata tidak selalunya menunjukkan tanda-tanda awal. Pengesanan dan rawatan awal boleh membantu mencegah penyakit mata yang boleh mengakibatkan kebutaan.

Pakar mata kami yang berpengalaman boleh membantu anda mengurus penyakit yang berkaitan mata anda.

Antara penyakit biasa yang kami rawat termasuklah:

  • Glaukoma– – Ini disebabkan peningkatan tekanan di dalam mata yang merosakkan saraf optik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kebutaan dengan pantas
  • Katarak – Ini adalah penyebab kebutaan yang paling biasa pada orang dewasa dan juga punca utama kebutaan di seluruh dunia
  • Penyakit kornea seperti penyakit kanta sentuh serta penyakit atopik
  • Pembedahan kerabunan teruk atau LASIK
  • Gangguan retina seperti penanggalan retina dan retinopati akibat diabetes
  • Gangguan kelopak mata – Penyakit yang menjejaskan kelopak mata anda termasuklah ptosis, palsi saraf muka, tumor, penyakit Grave, dan masalah pengeluaran air mata
  • Penyakit mata kanak-kanak seperti sepet, rabun kanak-kanak, dan retinoblastoma