Mengenai Kami

Ditubuhkan pada 16 Februari 1990 dengan menawarkan perkhidmatan Klinik Pesakit Luar yang dinamakan Klinik Lutfi & Razak yang terletak di Jalan Dato Lim Hoe Lek, Kuantan.
Pada 01 Ogos 1991, perkhidmatan Bersalin mula beroperasi dengan 10 katil dan Hospital dikenali sebagai Pusat Rawatan Keluarga Sdn. Bhd.


Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai pada 13 Februari 1996 dan pada 01 April 1996 secara rasminya MUIP merupakan salah satu pemegang saham syarikat dan nama syarikat ditukarkan kepada Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd.


Pihak syarikat telah membina hospital baru di Lot 1, Wisma MUIP,Jalan Gambut dan mula beroperasi ditempat baru dengan 24 katil pada 03 Mei 2011 dan pada 19 Oktober 2011, sekali lagi nama syarikat ditukarkan kepada Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. dengan menawarkan perkhidmatan Pakar O&G, Pediatrik dan Bius.


Pada 29 April 2019, pihak KKM telah menjalankan lawatan pemeriksaan di Hospital dan pihak Hospital telah mendapat kelulusan beroperasi dan secara rasminya telah dibuka dengan kapasiti 64 katil pada 17 Jun 2019 dengan dikenali dengan nama baru Pahang Medical Centre Sdn. Bhd.


Kerja-kerja ubahsuai telah siap sepenuhnya pada 31 Disember 2018 dan kerja-kerja melengkapkan hospital dengan peralatan perubatan bermula dan juga permohonan bagi mendapatkan lesen beroperasi hospital telah dibuat.


Bermula pada 28 Julai 2015, kerja-kerja ubahsuai utama mula dijalankan untuk semua Lot bangunan secara berperingkat. Operasi hospital mula ditutup pada 01 Ogos 2017 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ubahsuai di Lot 1.


Bagi mematuhi kehendak KKM dimana pihak syarikat perlu mengadakan perkhidmatan Kepakaran secara Tetap dan merangkumi minimum Disiplin Hospital Pakar, bermulalah perancangan bagi membesarkan hospital dan bermula pada 28 Mac 2014 kerja-kerja Pengukuhan Struktur telah dilakukan serta kerja-kerja Sub Struktur Bangunan pada 16 Oktober 2014.